d

d

Wednesday, October 8, 2014

Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Hamek title panjang berjela.
Bukan reka sendiri okay. Tengok ni haaa


Baik mari kita ke bahagian atas peta sikit.

Sedikit sebanyak tentang negeri Melaka :

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam tetapi berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Setelah beberapa abad berlalu, Melaka menjadi satu tempat besejarah yang menjadi tarikan para pelancong. Melaka juga telah berkembang dengan pesat. Pengisytiharan Melaka negeri maju dibuat selepas Melaka telah memenuhi 32 indikator mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengerusi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris.  Pengisytiharan oleh Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan kredibiliti Melaka sebagai sebuah negeri maju bertambah kukuh.

Terdapat pelbagai tarikan sebenarnya kat Melaka ni, and kebanyakannya I've been there. 
Mostly.
But, I wanna show you some places yang memang orang akan datang bila pergi Melaka ni.

Destination pertama ialah Coconut Shake Batu Berendam. Mengidam dah lama ni.
Dia punya rasa... Fuhhhhh
Hilang segala penat lelah kalau dapat minum. Cehhhh

Coconut Shake Batu Berendam ni memang the best coconut shake dalam Melaka.
Lemak bercream disukai ramai.
Unfortunately, I forgot to take a picture of it.
Dia punya sedap sedut srott srottt tu sampai lupa lah nak amek gambar.

Okay, kat Melaka ni ada 2 tempat jual coconut shake yang famous.
1 dekat Batu Berendam and 1 lagi dekat Klebang.

Perbezaan coconut shake antara dua tempat ni ialah :

Batu Berendam ada tempat untuk duduk dan minum. But, tempatnya kecil je. 
Macam warung2 cendol tepi jalan tu.
Klebang pulak, kedainya besar.
Sebab tu ramai yang prefer pergi Klebang sebab boleh lepak-lepak sambil minum.
But.
The taste. Batu Berendam lebih bercream.
And that's why I prefer Coconut Shake Batu Berendam than the one at Klebang.

Coconut Shake Klebang



Okay enough about coconut shake. Move on to aiskrim pasu.
Satu lagi tarikan di Jonker Walk, Melaka.


Sangat unik. Pandai betul orang ni berbisnes.
Aiskrim pasu ni actually aiskrim biasa yang ada dalam pasu,
Ada 2 size. Yang kecil RM6 dan yang besar sikit RM8.
To be honest, the price agak mahal dan tak kena dengan rasa sebab dia just guna aiskrim biasa.
Homemade maybe? IDK.
Tapi mungkin dia letak harga tu sbb kos pasu.
Aiskrim ni ada banyak flavour and atas tu dia bubuh Oreo.
And sebab dia bubuh Oreo, aiskrim tu jadi sedap. ehekk.
I love Oreo.

Okay that's it.
Picture time :D






Adios Amigos :))




SANRIO HELLO KITTY TOWN

Masih lagi di Johor :D



Nama sebenar Hello Kitty ialah Kitty White, sejenis patung anak kucing putih dari Jepun yang menjadi kegilaan gadis-gadis Jepun dan gadis-gadis seluruh dunia. Pencipta asal Hello Kitty ialah Yuko Shimizu dan dicipta pada tahun 1974. Hello Kitty merupakan watak fiksyen terkenal dunia yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio. Syarikat ini, berjaya menghasilkan lebih 50,000 jenama Hello Kitty di lebih 60 buah negara.

Taman Tema Puteri Harbour - Hello Kitty Town di Nusajaya Johor Bahru yang merupakan yang pertama dibina di luar negara Jepun dengan kos RM 115 juta. Tempat Hello Kitty ni dekat je dari Legoland, 15 minit sampai la.

So, setelah masing2 sudah berumur, baru kami menjejakkan kaki di sini. Apa yang kita boleh dapat di Hello Kitty Town ini ialah :



1) TEA CUP'S RIDE


Kami tak naik pon permainan ni sebab masing2 malu. Dah besar kannn ðŸ˜‚


2) WISHFUL STUDIO - BUAT BISKUT


Ha nampak tak En. Dollah ni kemain khusyuk dia buat biskut ðŸ˜‚ Dalam wishful studio ni actually banyak lagi aktiviti such as warnakan kuku, buat button badge and biskut. Tapi disebabkan nak buat biskut ni pon kena beratur 1 jam, kami tak masuk la yang lain2 tu. Biskut, and segala aksesori yg perlu tampal kat biskut tu semua dia dah sediakan. lepas dah siap hias, boleh makan ! tu yang paling kami tunggu2.


3) HELLO KITTY HOUSE





Daripada ruang tamu, bilik air, dapur, bilik tidur semua complete lah dalam Hello Kitty House ni. Dah nama pon rumah kan. Memang cantik sangat rumah ni. 

4) WISHFUL STUDIO - JEWELLERY MAKING, COSTUME DRESS UP & PHOTO STUDIO

studio ni pon kami tak berkesempatan nak masuk sebab ramai orang jugak. Apa yg kami nampak, kat sini, children can dress up into Hello Kitty outfit and bergambar.

5) FRIENDSHIP LAND


Kat sini juga adalah tempat permainan kanak-kanak. Bola berwarna-warni akan jatuh daripada atas. Nama pon Hello Kitty kan, Memang majority aktiviti untuk kanak-kanak lerrr.

6) PURRFECT STAGE

Stage ni untuk yang dibuat oleh maskot2 Hello Kitty and penari2. Nanti Hello Kitty ni akan tarik sesiapa jpermormance e yang dia nak untuk menari sama-sama. Nasib baik kami duduk belakang2 masa tu. Kalau tak memang audience nampak kayu bergerak la 


7) BLACK WONDER
Selamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel yang telah diculik






Suasana kat sini macam penjara zaman dulu, kelam dan suasana penuh dramatik & mendebarkan. Kat sini, kami diberi lampu dipintu masuk kemudian diberi beberapa soalan untuk diselesaikan, macam main harta karun la. Jawapan kepada soalan tersebut boleh didapati di bilik-bilik tertentu. Kalau kita berjaya selesaikan semua soalan tersebut dianggap kita berjaya menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel. Siap dapat sijil lagi tu, sebab berjaya menyelesaikan semua soalan.


8. DREAM FOTO GARDEN

Tempat yang dikhaskan untuk bergambar dengan Hello Kitty. Tapi malangnya masa maskot Hello Kitty keluar, kami ada di dalam studio tengah mengunyah biskut. So tak sempat la nak bergambar. Dapat gambar 1 family pon boleh lah.


Okay last. Siapa tak kenal watak ni? Watak kartun yang sama-sama naik dengan Anak-anak Sidek. 


It's Lat the Kampung Boy. Lat ni bukak restaurant dekat kawasan Puteri Harbour ni. Masakan kampung jugak. Very the sedap lah. So, lepas dah penat2 berjalan dalam Hello Kitty Town tu, boleh lah menyinggah makan kat restoran Lat ni okayyyy.




 Adios Amigos :))