d

d

Wednesday, September 24, 2014

Desaru, Tanjung Balau & Batu Layar !

Entry kedua ni, I want to take you all to my place.
Welcome to Johor. Welcome to Bandar Penawar ✈✈

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru di bahagian selatan negeri Johor, yang letaknya di tengah-tengah Wilayah Kecil PengerangBandar Penawar ni terletak berdekatan dengan pusat pelancongan yang famous iaitu Desaru , Tanjung Balau dan Batu Layar. Kawasan pantai ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Pantainya menghadap Laut China Selatan bersih dan halus. Ombak kuat pada musim tengkujuh iaitu pada bulan November - Disember - Januari.

Desaru



Pantai Desaru ni antara yang terbaik di Johor. Pantai yang berpasir putih, bersih and dibarisi pepohon ru. Memang cantik lah. Kat sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berperahu, renang, kembara denai serta aktiviti luar lain.

Tapi. Although pemandangan Pantai Desaru ni cantik, as for me yang selalu datang sini, kami datang hanya untuk ambil gambar je. Nak mandi tu kureng. Sebab lautnya agak curam sikit. So tak best lah sebab tak boleh pergi jauh-jauh. Tapi bila dah nampak air dia, kisah apa pulak curam tak curam, terjun jugak akhirnya 😝

Tanjung Balau



Tanjung Balau ni terletak di kawasan perkampungan nelayan. Pantai paling famous dikalangan orang bandar penawar. Di sini biasa berlangsungnya event-event seperti Monsoon Mayhem, karnival-karnival dan macam-macam lagi. That's why tempat ni famous.
Pantai ni bersambung dengan Pantai Desaru.

Tanjung Balau ni jugak selalu orang datang untuk tengok sunrise. Memang cantik pemandangan dia. Best untuk mandi, ambil gambar, lepak sambil makan aiskrim calong, memancing, layang-layang or wau and so on. Layang-layang and wau banyak jual dekat sini, so tak payah susah-susah gunting surat khabar okayy.


Batu Layar



Dinamakan Pantai Batu Layar sebab ada batu seperti gambar di atas yang menyerupai batu layar.

My favourite place untuk berendam. Pantai yang landai yang korang boleh pergi jauh-jauh kalau waktu air surut. Kadang2 tu boleh pergi sampai 20 meter. Tu pon air masih paras pinggang lagi. Very the seronok lah.

Pantai Batu Layar ni juga menjadi tempat tumpuan para-para newlywed untuk mengambil gambar. Setiap kali datang sini, mesti ada je manusia-manusia yang berpakaian baju pengantin berposing di celah batu.


And that is all. Kalau korang nak pergi bercuti dengan keluarga, or kawan, nak ber-bbq or buat aktiviti air, datang la sini. I can be your travel guide. hehe

Tempat menarik di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Adios Amigos :))

Tuesday, September 23, 2014

Salam Perkenalan



Assalamualaikum ~~
and Hai ~~

Secara rasminya blog ini dibuka pada 24 September 2014.

A Little Bit About Myself

Nurul Nabiha binti Abdullah
8 Jun 1994
Bandar Penawar, Johor
Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI )
Chocolate lover
Bla bla bla

Motif buat blog ?

Assignment

Blog ini akan menceritakan tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara that I've visited.
The history, information about the places and so on.

For the first entry, I really don't know what to talk about since this is an introduction.
So, wait for my next entry yawwww !

Adios amigos :))