Entry kedua ni, I want to take you all to my place.
Welcome to Johor. Welcome to Bandar Penawar ✈✈
Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru di bahagian selatan negeri Johor, yang letaknya di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang. Bandar Penawar ni terletak berdekatan dengan pusat pelancongan yang famous iaitu Desaru , Tanjung Balau dan Batu Layar. Kawasan pantai ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Pantainya menghadap Laut China Selatan bersih dan halus. Ombak kuat pada musim tengkujuh iaitu pada bulan November - Disember - Januari.
Desaru
Pantai Desaru ni antara yang terbaik di Johor. Pantai yang berpasir putih, bersih and dibarisi pepohon ru. Memang cantik lah. Kat sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berperahu, renang, kembara denai serta aktiviti luar lain.
Tanjung Balau
Tanjung Balau ni terletak di kawasan perkampungan nelayan. Pantai paling famous dikalangan orang bandar penawar. Di sini biasa berlangsungnya event-event seperti Monsoon Mayhem, karnival-karnival dan macam-macam lagi. That's why tempat ni famous.
Pantai ni bersambung dengan Pantai Desaru.
Tanjung Balau ni jugak selalu orang datang untuk tengok sunrise. Memang cantik pemandangan dia. Best untuk mandi, ambil gambar, lepak sambil makan aiskrim calong, memancing, layang-layang or wau and so on. Layang-layang and wau banyak jual dekat sini, so tak payah susah-susah gunting surat khabar okayy.
Batu Layar
Dinamakan Pantai Batu Layar sebab ada batu seperti gambar di atas yang menyerupai batu layar.
My favourite place untuk berendam. Pantai yang landai yang korang boleh pergi jauh-jauh kalau waktu air surut. Kadang2 tu boleh pergi sampai 20 meter. Tu pon air masih paras pinggang lagi. Very the seronok lah.
Pantai Batu Layar ni juga menjadi tempat tumpuan para-para newlywed untuk mengambil gambar. Setiap kali datang sini, mesti ada je manusia-manusia yang berpakaian baju pengantin berposing di celah batu.
And that is all. Kalau korang nak pergi bercuti dengan keluarga, or kawan, nak ber-bbq or buat aktiviti air, datang la sini. I can be your travel guide. hehe
Tempat menarik di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Adios Amigos :))
No comments:
Post a Comment