d

d

Friday, November 21, 2014

Vietnam


Trip yang pertama, 2012 kami pergi ke Ho Chi Minh, Chu Chi Tunnel dan Dalat, tanah tinggi di Vietnam.

Ho Chi Minh



Ho Chi Minh atau Saigon merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.

CHU CHI TUNNEL

Kalau ke Vietnam, Chu Chi Tunnel adalah salah satu tempat bersejarah di Vietnam yang MESTI kena singgah. Terletak kira-kira dari 2 jam perjalanan dari Ho Chi Minh, terowong sepanjang 200 km ini adalah tempat yang cukup bersejarah di Asia Tenggara.

Kalau malas nak baca sejarah kat bawah ni, tengok video kat bawah ni je. Ringkasan sejarah Chu Chi Tunnel. 


"Dikatakan askar-askar Vietnam berkongsi terowong yang gelap dan panas ini dengan ular, semut, lipan, nyamuk dan kala jengking. Tentera-tentera ini hanya akan keluar sewaktu serangan atau pada waktu malam. Apabila serangan besar-besaran dibuat oleh penceroboh, mereka terpaksa tinggal berhari-hari di dalam terowong. Ular berbisa dan kala jengking yang ditangkap mereka akan dimasukkan ke dalam kotak jerangkap samar yang akan dijatuhkan ke atas kepala tentera musuh.

Dibina sekitar 1940an, terowong tentera yang mengambil masa kira-kira 25 tahun untuk disiapkan ini merupakan tempat tinggal tentera tempatan bagi menentang tentera penceroboh Amerika.
Askar Amerika dan Australia telah cuba mencari terowong ini dengan kerahan tenaga puluhan ribu askar, dan menghancurkan sawah-sawah padi, meratakan hutan dara, membakar kampung dan menyembur racun mematikan daun sebelum membakar hutan bagi menarik keluar askar Vietnam yang bersembunyi.

Apabila anjing digunakan untuk mencari terowong ini, askar Vietnam menggunakan sabun yang juga diguna oleh askar Amerika bagi mengelirukan haiwan tersebut. Askar khas yang digelar tikus-terowong yang dilatih untuk masuk ke dalam terowong juga gagal dalam misi mereka."

DALAT

Dalat merupakan tanah jajahan Perancis suatu ketika dulu, Sebab tu tempat peranginan ni macam ala ala bercuti kat Perancis sikit.

Suhu kat Dalat memang sangat sejuk. Lagi2 waktu malam. Even dah pakai sweater, sarung tangan, stokin pon boleh menggigil lagi. Kena pulak kat aku yang memang jenis tak tahan sejuk. Orang lain boleh relax lagi jalan, yang aku dah jadik robot. Sejuk teruk.

DALAT FLOWER PARK



Semua kat sini menggunakan bunga hidup okay. Semua. 
Sangat cantik dan macam2 jenis bunga ada.

Trip kedua, 2014. Kami ke Ho Chi Minh, Sungai Mekong dan

SUNGAI MEKONG








Sepanjang Sungai Mekong, bot akan berhenti di beberapa lokasi yang menarik. Antara lokasinya adalah :

1. Tempat pemprosesan madu
2. Nyanyian tradisional Vietnam
3. Menyusur sungai dengan sampan
4. Pulau Kelapa

Setiap lokasi memang berbeza aktiviti. Memang tersusun la.

Banyak lagi sebenarnya, tapi sebab nak memendekkan cerita. sampai sini je lahh.

BEFORE THAT !

Kalau korang memerlukan tour guide or korang ada terasa nak pergi melancong ke Vietnam ni, kat sini ada pakej yang sangat berpatutan. Segala makan, minum, transport, tempat tidur, tiket flight dah termasuk dalam pakej. 4 hari 3 malam tau. Murah, berpatutan and dijamin puas hati. 

So, just contact this number : 018-9558341

Or you can just click HERE for more information.

Adios Amigos :))