Muka-muka teruja sebelum bertolak dari Pasir Gudang
Universal Studios, anak syarikat NBC Universal, ialah salah satu daripada enam buah studio filem utama di Amerika Syarikat. Bahagian penerbitan/pengedaran wayang gambar utamanya dipanggil Universal Pictures. Universal Pictures ialah studio Hollywood kedua tertua, mengekori Paramount Pictures milik Viacom dengan beza sebulan sahaja.
Universal Studio Singapore merupakan sebuah taman tema yang terletak di antara Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura. Pada 8 Disember 2006, kerajaan Singapura telah mengumumkan bahawa konsortium ini telah memenangi bidaan tersebut. Pembinaan taman tema dan seluruh resort bermula pada 19 April 2007. Universal Parks & Resorts juga adalah yang kedua pernah dibuka di Asia (Jepun adalah yang pertama) dan pertama di Asia Tenggara. Perancangan rasmi untuk resort ini telah didedahkan kepada umum apabila Universal Studios Singapore mengeluarkan peta taman tema kepada umum pada 20 Oktober 2009.
Okay enough about the history. Bergambar dengan globe is a MUST kalau sampai sini okayyyy.
Entrance ticket from RM168 per adult (Ages 13 to 59) & RM138 per child (Ages 4 to 12). Tapi kalau pandai cari online punya lubang, boleh dapat lagi murah. So gunakan lah Encik Google seelok eloknya.
PREPARATION
- KIPAS PORTABLE / KIPAS TANGAN (panas gila okay)
- BOTOL KOSONG (haus derrrr and dia ada sediakan tempat untuk refill air)
- KAMERA (yang kecik pon cukup. sebab korang bukan boleh bawak masuk pown masa ride tu. sedangkan HP pown tak leh bawak masuk..)
- KASUT YANG SESUAI (no heels please ! seeloknya kasut yg susah tanggal drpd kaki)
- MATEWANG SGD (mana tau nak beli apa2 nanti)
- WHITE CARD (benda ni kena isi and pas masa kat imigresen )
- TIKET BELI ONLINE (kalo kau bernasib malang. beratur panjang la gamaknye bagi yang beli on the spot)
- PERGI WEEKDAY (if korang pergi masa weekend. beratur la 1 jam untuk setiap permainan.. n worst case boleh cecah 2 jam! terutame kat transformer.
LIGHTS CAMERA ACTION
Kat sini kita boleh tengok macam mana sesuatu filem tu dibuat.
macam mana terbakar, kapal berlanggar and macam2 lagi.
Kami duduk depan sekali. Memang sangat best. Rasa macam real je semuanya.
Kat sini actually tak boleh bawak camera. Tapi biasa lah. MANUSIA hehehe.
TRANSFORMERS THE RIDE 3D
The best among the best. Paling best. Sangat best. Memang best.
Ha nampak tak macam mana dia punya best tu. Kah !
Tak tahu macam mana nak terangkan best dia tu. Sangat best sampai rasa nak naik benda ni ulang2. Dia punya 3D memang PEHHH. Real gila. Gempak habis ! Dia humban kite kekiri, kanan atas bawah. Kadang2 cuak dia tu sampai menjerit2. Padahal jalan dia mendatar and bukit sikit2 je. Effect 3D dia yg TERBAIK.
Dapat rasa kan dia punya best cemana? Pergi laa rasa sendiri. Hee
Battlester Galactica : Cyclon (Blue Track)
Battlester Galactica : Human (red track)
Yang ini NIGHTMARE. Okay.
Kami hanya sempat naik yang Cyclon punya je sebab beratur pon dah sejam. Kami naik yang paling seram. Cyclon punya ride, kaki korang akan tergantung. Tu yang seram. Human punya ride kaki korang still lagi berpijak pada besi ride yang nyata.
Naik benda ni, Handphone and segala barang2 berharga dia suruh simpan dalam locker sbb takut jatuh. Memang kecut perut naik benda ni. Laju doh ! Memang menjerit lah cerita dia.
Tapi kalau tak jerit tak syok pulak kan.
Jangan risau sangat naik benda ni. Safety dia pon terbaik. Dia memang grip betul2 biar tak lucut. Masa ni tengah kurus ( lalala) pon takde rasa gegar2 kat dalam seat tu.
Sangat best jugak !
REVENGE OF THE MUMMY
Dalam ni pon roller coaster ride jugak. Cuma tak lah selaju Galactica and tak sebest Transformer. Biasa2 je, cuma yang uniknya dia ada mengundur kebelakang. Yang tu agak terkejut and cuak sikit lah. Belum pernah naik mana2 roller coaster yang mengundur.
FAR FAR AWAY KINGDOM
Siapa tak tengok SHREK dia gila.
K gurau. Tak semua orang tengok.
Dekat Far Far Away Land ni ada macam2. Replika rumah Shrek, maskot and lain2. Masa kitorang datang ni ada terserempak dengan maskot2 mcm Prince Charming, Fairy Godmother, Shrek, Fiona and semua lahh. Tapi tak sempat bergambar sebab diorang nak pergi buat show.
Sempat bergambar dengan Puss in Boots je. Boleh laa tu daripada takde kann.
SHREK 4D ADVENTURE
Satu satunya tempat yang kitorang sempat main. Kalau korang pergi sini, PASTIKAN duduk depan2. Berebut lah dengan makcik2 kat depan tu. Kalau takde perikemanusiaan, tendang lah mereka2 yg didepan biar korang duduk depan.
Sebabnya, seat belakang2, effect tak kuat. Kami duduk belakang dan kami menyesal. K. Kalau korang duduk depan, Seat korang akan bergoyang dengan lebih kuat and ada macam2 pergerakan lagi. Row depan dan belakang berbeza ye impact dia. Tapi apa pon, persembahan yang menarik.
MADAGASCAR
Jumpa maskot Penguin of Madagascar. Tapi tak dapat bergambar sebab kena beratur panjang. Tengok lah. Weekdays pon macam ni. Kalau pergi weekend? Tiba2 je dah malam even though tak dapat masuk semua tempat.
So untuk semua kaki2 melancong yang suka pergi ke taman2 tema, BUAT PASSPORT, kumpul duit banyak2 and pergi la sini. Confirm tak menyesal okay.
Adios Amigos :))
No comments:
Post a Comment