Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
Ferry from Kuala Kedah.
Harga tiket : RM 23 for dewasa. RM 17 for kanak2
Sampai2 je, destinasi pertama kami ialahhh :
Shopping chocolate di HIG (Haji Ismail Group)
Kat sini, habis RM600++ cuma untuk coklat sahaja. Fuhhh menangis bos nak membayar.
Tapi coklatnya, tak sampai sebulan dah habis. 1 family hantu coklat.
Keesokan harinya :
Berisland Hopping ler kitee
kami amik pakej 1 bot teros. Rasanya dalam RM250++
pakej termasuk :
Pulau Dayang Bunting
Eagle Watching
Pulau Singa Besar
Pulau Beras Basah
1. Tasik Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting ni merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Tapi setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah. Jaraknya 1 km sahaja . And kalau bawak makanan tu hati2 sikit. Banyak monyet kat sini.
Air Tasik Dayang Bunting ni hijau jernih. Sangat cantik and menimbulkan panorama yang menarik.
2. Eagle Watching
Eagle Watching/Eagle Feeding
Memang banyak burung helang dekat sini. Ada yang bagi makan, memang helang tuu saling sambar menyambar la.
3. Pulau Beras Basah
Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.
Tapi untuk kita2 yang bukan nelayan ni, Pulau Beras Basah ni ialah tempat berenang, berjemur menghitamkan diri dan menikmati keindahan alam semulajadi yg belum tercemar.
Pasir pantainya yg bersih dan putih, air lautnya jernih kebiruan hingga terlihat ikan2 berenang. memang cantikkk.
4. Cable Car Gunung Mat Cincang
Pastikan bawak IC ye kawan-kawan. Dapat harga diskaun.
RM15 untuk warganegara and RM30 untuk yang takde IC.
Masa kitorang pergi ni, 2013, jambatan ni tengah diselenggara. Entah bila nak bukak balik. Baru nak fefeeling jalan kat situ. Even Shah Rukh Khan pon pernah bergaduh kat situ dalam cerita Don. Hehek
I believe I can fly kononnya tuuu.
Pemandangan memang cun gilosssss !
5. Makam Mahsuri
Kisah Mahsuri :
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah).
Mahsuri dan Deramang, seorang pensyair telah difitnah melakukan hubungan sulit selepas melahirkan anak oleh kakak ipar Mahsuri sendiri kerana cemburukannya. Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya.
Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti yang terdapat di alang rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur. Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi.
Rumah bapa Mahsuri.
Muzium.
Itulah kisah Mahsuri yang menyayat hati.
Banyak lagi tempat2 menarik yang dah kami lawati di Langkawi ni. Tapi terlampau panjang.
Jadi sampai di sini sahaja lah yee kawan-kawan.
Adios Amigos :))
No comments:
Post a Comment