d

d

Tuesday, November 18, 2014

Broga Hill


Serba sedikit tentang Bukit Broga, Semenyih Selangor untuk pengetahuan. Yelah, kita main panjat je, tapi tak tahu sejarah Bukit Broga ni. Kalau tahu, barulah aktiviti kita jadi makin best. Pengalaman & pengetahuan mixed and blended together. 

Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.

Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.

Bukit Broga juga dikenali dengan Bukit Lalang. Ia bersempadan dengan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih.


Kebiasaannya orang akan naik Bukit Broga ni untuk tengok matahari terbit. Pukul 5 pagi dah start mendaki. Jangan risau, biasanya weekend memang akan ramai orang naik pagi2 buta tu. 
So tak payah risau sunyi ke ape. Yang penting torchlight bawak ye. Kang ada yang merangkak tak nampak jalan.

Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam ikut pada orang tulah. Kalau selalu berhenti, memang lambat sampai la cerita dia. Pakai kasut yang cengkam tanah and jangan naik selepas hujan. Tanah licin. Bila dah sampai, pemandangan dia memang sangat breathtaking. Cantik. Lagi2 kalau pergi awal pagi.




Kepada yg suka aktiviti mencabar, aku cadangkan korang semua beramai-ramai pergi naik Bukit Broga ni. Dijamin puas hati sebab laluan pendakian memang mencabar, udara sgt segar, boleh menikmati pemandangan hutan yg masih natural, kebersihan pun terjaga. Jgn risau, tempat parking disediakan di bawah bukit.

That's all


Adios Amigos :))

No comments:

Post a Comment