Sedikit sebanyak tentang Cameron Highlands
Nama Cameron Highlands diambil bersempena dengan nama seorang pegawai Inggeris, William Cameron yang telah menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
William Cameron telah memberikan pandangan mungkin sebuah sanatorium boleh didapati di Cameron Highlands di mana tempat-tempat peranginan, rumah-rumah istirehat, taman-taman dan kawasan-kawasan pertanian boleh diusahakan.
Dalam tahun 1886 anggaran peruntukan wang sebanyak RM 20,000.00 telah diberikan untuk membaiki dan memanjangkan lagi sebuah lorong sempit menghala ke Cameron Highlands. Seterusnya pada tahun 1902 peruntukan telah diberikan untuk memanjangkan lagi jalan tersebut hingga panjang keseluruhan lorong tersebut mencecah 34 batu.
Setelah beberapa tahun, Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highland telah menjadi satu pusat peranginan yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c.
Kami sekeluarga bergerak ke Cameron Highlands melalui simpang Tapah.
Nak pergi Cameron ni ada 2 laluan. 1 dari simpang Tapah, 1 lagi ikut Simpang Pulai. Jalan Simpang Pulai lebih besar dan selamat berbanding laluan Tapah yang sempit dan macam ular kena palu.
Tapi disebabkan kami datang daripada Johor, laluan Tapah lagi dekat, so naik je lah yee. And kite boleh singgah air terjun Lata Iskandar kalau ikut jalan ni. Sangat2 refreshing. Dengan udara yang sejuk, air yang sejuk. Fuhhh, memang gigil lahh kalau mandi sini.
Tapi, 3 kali pergi sini, belum pernah nampak lagi laa ada org mandi. Rendam2 kaki kasi ikan makan cagu tu ada la. Kah !
Okayyyyy sambung.
Antara tempat yang kami pergi bila sampai atas ialah :
1. Pasar Malam Brinchang
Pasar malam ni bukak setiap hari Jumaat and Sabtu malam je. Sentiasa ramai orang. Tapi sebab sejuk kann, tak kisah lah sesak2 ponn. Tak ada laa bau kepam sangat.
Macam2 ada jual dekat sini, daripada Strawberry, sayur-sayuran, buah, anak patung, sarung tangan, baju, blablablabla memang semua ada lahh. Kami datang sini sebab nak cari makanan buat makan malam je. Disebabkan sayur segar bugar, kami angkut lah bahan2 untuk dijadikan salad.
jadi vegetarian sekejap malam tu.
2. Big Red Strawberry Farm
A place where we can enjoy good food with a reasonable price. Harga memang berpatutan. Menu cafe ni memang semua menggunakan strawberry. memang sangat nyummehhhhh
3. Cactus Point
A popular stop for cactus hunters. Harga memang sangat2 murah. Beli 6 pasu kecil tu dengan harga RM10 je. My mom jadik gila sekejap masuk tempat ni. Rambang mata katanya.
4. BOH Sungei Palas Tea Centre
The road to the Tea Centre is quite adventure. Memang sangat sempit dan berliku. Kalau drive semberono, boleh bawak maut.
"Remember to honk before rounding each corner to warn incoming vehicles"
Bila dah sampai, try to look around. The view is magnificent !
makanan sedap. air sedap. view 10/10.
Okayy itu sahaja.
Cameron Highlands ni banyak lagi tempat2 menarik.
Korang explore sendiri okayy.
Adios Amigos :))
No comments:
Post a Comment